Pada 15 Oktober 2025 (Rabu), SK Biz Solution telah mengadakan Soft Training di Fast Skill Resources dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk memperkukuh kemahiran komunikasi dan kepimpinan dalam suasana pembelajaran yang santai namun berkesan.
Kami berterima kasih kepada SK Biz Solution atas kepercayaan berterusan terhadap ruang latihan kami. Fast Skill Resources sentiasa komited menyediakan fasiliti terbaik untuk semua jenis program latihan dan seminar! 🌟
