Pada 13 dan 14 September 2025, Ibni Khalid Jurait Academy (IKJ) telah menganjurkan kelas Addmath di Umar Boardroom, Fast Skill Resources. Seramai 15 pelajar menyertai sesi pembelajaran dari jam 8.45 pagi hingga 5.45 petang bersama tenaga pengajar berpengalaman.
Kelas intensif ini bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik-topik penting menjelang peperiksaan SPM. Terima kasih kepada IKJ Academy atas kepercayaan untuk menjadikan Fast Skill Resources sebagai lokasi pembelajaran mereka. 📚




