Pada 23 Ogos 2025, Fast Skill Resources dengan kerjasama IKJ Academy dan SMK Alam Megah 2 telah menganjurkan Program Addmath Intensive khas untuk pelajar SPM 2025. Program ini turut menyediakan hidangan lengkap termasuk sarapan, makan tengah hari dan tea break untuk semua peserta.
Sesi pembelajaran yang interaktif bersama Cikgu Khalid ini berjaya menarik minat pelajar untuk memahami topik Addmath dengan lebih mudah. Fast Skill Resources sentiasa komited menyokong inisiatif pendidikan dan pembangunan pelajar! 📘

