Pada 10 Jun 2025 (Selasa), syarikat Al Ghazali Education & Skills Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi perbincangan bersama Action Business Advisor (ABA) bertempat di Umar Boardroom, Fast Skill Resources. Sesi ini membincangkan topik penting berkaitan strategi pengurusan kewangan syarikat serta langkah-langkah penambahbaikan bagi operasi perniagaan mereka.
Dengan suasana bilik mesyuarat yang profesional dan selesa, sesi ini berjalan dengan penuh produktiviti. Terima kasih kepada Al Ghazali Education & Skills kerana memilih Fast Skill Resources sebagai lokasi mesyuarat korporat anda. 💼




