Pada 11 Mei 2026, Fast Skill Resources berbesar hati menerima kehadiran SK Biz yang telah memilih ruang latihan Abu Bakar sebagai lokasi penganjuran program “Microsoft Excel — Foundation to Advance”.
Program ini memberi tumpuan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan Microsoft Excel, merangkumi fungsi asas sehingga teknik lanjutan yang dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan data, penyediaan laporan dan produktiviti kerja harian.
Sebagai penyedia kemudahan ruang latihan, Fast Skill Resources sentiasa komited untuk menawarkan persekitaran yang selesa dan kondusif bagi menyokong kelancaran pelbagai program latihan, bengkel serta aktiviti pembangunan profesional.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SK Biz atas kepercayaan memilih Fast Skill Resources sebagai lokasi penganjuran program latihan ini.
Sedang Mencari Ruang Latihan untuk Program Anda?
Fast Skill Resources menawarkan kemudahan penyewaan ruang latihan yang sesuai untuk pelbagai keperluan korporat, termasuk latihan kakitangan, bengkel, seminar dan program pembangunan kemahiran.
Jadikan Fast Skill Resources sebagai pilihan lokasi untuk program latihan anda yang seterusnya!
