Action Business Advisor (ABA) – Mesyuarat & Jamuan Hari Raya

Pada 16 April 2025 (Selasa), syarikat Action Business Advisor (ABA) telah mengadakan satu sesi mesyuarat dan jamuan Hari Raya bertempat di Bilik Abu Bakar. Majlis yang diadakan ini menjadi satu platform yang sempurna untuk mengukuhkan semangat kerjasama serta menyambut kemeriahan Aidilfitri bersama warga kerja ABA.

Jamuan ini disajikan dalam bentuk Hi-Tea Raya 2 secara buffet, yang telah disediakan tepat jam 2 petang untuk 20 orang tetamu. Hidangan yang disediakan merangkumi pelbagai juadah tradisional yang menyelerakan, antaranya:

  • Laksa Utara
  • Nasi Himpit & Kuah Kacang
  • Kuih Seri Muka
  • Samosa
  • Kuih Raya
  • Air Peach Sejuk
  • Teh Tarik Panas

Semua makanan disediakan dengan rapi dan dibungkus dengan kemas seperti diminta, bagi memastikan keselesaan dan kebersihan sepanjang majlis berlangsung.

Pihak ABA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga ikatan silaturahim terus terjalin erat dalam suasana kerja yang harmoni dan produktif

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top